BM | EN | 中文

Langgar SOP: Layanan berbeza kepada VIP, rakyat diperlaku seperti pesalah besar

Mahadzir-Mat-Zili.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 24 JUL: Tindakan keatas pesalah yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) di kalangan orang awam yang berbeza dengan kenamaan atau VIP adalah sikap berat sebelah.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mahadzir Mat Zili berkata langkah itu mendapat kritikan apabila orang awam ditahan seperti pesalah besar berbanding golongan atasan atau ‘kayangan’.

“Benar mereka bersalah tetapi layanan itu tidak sama seperti mereka di peringkat atasan yang melanggar SOP.

Advertisement

“Layanan kepada mereka dilihat seperti pesalah besar yang melakukan jenayah. Ini menggambarkan suatu perkara yang tidak baik.

“Kesalahan mereka hanya perlu dikompaun bukannya layanan seperti pesalah besar atau penjenayah.

“Dalam masa yang sama, Menteri Besar Kedah juga disabit kesalahan melanggar SOP tetapi tidak diambil tindakan seperti mana rakyat biasa seperti kumpulan tersebut.

Advertisement

“Ini ‘double standard’ yang diamalkan kerajaan PN,” tegasnya.

Sebelum ini polis bertindak menahan reman mereka yang tidak mematuhi SOP ketika menunaikan solat Aidiladha di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang dan dibawa ke balai polis dengan tidak memakai kasut dan bergari.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya berharap polis menggunakan budi bicara ketika menahan reman 49 suspek lelaki berkenaan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top