BM | EN | 中文

Langgar SOP: Annuar Musa perlu minta maaf, dikenakan tindakan – Lip Eng

AM.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa wajar dikenakan tindakan undang-undang tegas sama seperti orang lain, tegas ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Kata Lip Eng, tatkala ramai rakyat biasa dikenakan tindakan undang-undang tegas kerana melanggar SOP, Annuar dengan senang hati berkumpul beramai-ramai menjamu selera dan beramah mesra.

“Ketika aktiviti riadah lebih dari dua orang adalah dilarang sama sekali, Annuar Musa pernah memuat naik gambarnya beriadah bersama dua orang rakan di kawasan perumahannya.

Advertisement

“Mengapa Annuar Musa, yang melanggar SOP terang-terangan tidak dikenakan tindakan?

“Apakah alasan beliau tidak dikenakan undang-undang?” kata Lip Eng dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, ahli parlimen Ketereh itu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan rakyat berasa marah dan kecewa.

Advertisement

Terdahulu, Roketkini melaporkan Lip Eng sebagai berkata, ini bukanl kali pertama Annuar melanggar SOP PKP yang ditetapkan.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam perutusan khasnya pernah membicarakan perihal ‘no double standard’ (tiada pilih kasih),” katanya lagi.

Semalam media melaporkan Polis Kuala Lumpur memulakan siasatan berhubung tindakan Annuar, yang didakwa melanggar SOP PKP.

Advertisement

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kertas siasatan dibuka berhubung gambar Annuar bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan dan tular di laman sosial.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top