BM | EN | 中文

Langgar SOP: 32 individu main badminton di Skudai kena kompaun

32-dikompaun-main-badminton-skudai-johor-bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 JUN: Gara-gara berkumpul dan bermain badminton di sebuah gelanggang badminton di Skudai, Selasa lalu, 32 individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polls Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kesemua mereka dikompaun terdiri daripada pemilik pusat sukan tersebut dan pemain badminton berusia 18 hingga 44 tahun.

Beliau berkata serbuan di premis terletak di Batu 6, Jalan Skudai kira-kira 5.30 petang itu hasil dariapada makiumat orang awam.

Advertisement

“Pemilik premis dikenakan kompaun RM2,000 manakala mereka yang bermain badminton masing-masing dikenakan RM1,500 seorang kerana bermain badminton semasa tempoh PKP dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

‘Kesalahan dilakukan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Iangkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No.4)(Pindaan)(No.16) 2021; katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata kesemua individu terbabit dibebaskan tanpa syarat sebaik kompaun dikeluarkan dan mereka dikehendaki menjelaskan bayaran di pejabat kesihatan daerah Johor Bahru.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top