BM | EN | 中文

Langgar SOP: 16 sekeluarga, pengurus pengebumian di Ulu Tiram kena kompaun

PDRM-Polis.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: Seramai 16 ahli keluarga dan seorang pengurus sebuah tempat pengebumian di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini dikompaun kerana melakukan upacara pengurusan jenazah melebihi jumlah individu yang dibenarkan, pagi tadi.

Ketua Polls Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata ahli keluarga terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita tempatan berusia lingkungan 18 hingga 86 tahun itu dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kira-kira 11 pagi hasil aduan orang awam.

“Kita terima aduan yang mengatakan bahawa terdapat ramai orang berkumpul di tempat pengebumian tersebut.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan, kita dapati mereka tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana bilangan kehadiran ahli keluarga yang dibenarkan adalah tidak melebihi 10 orang sahaja,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setiap ahli keluarga terbabit dikompaun sebanyak RM2,000 manakala pengurus lelaki berusia 51 tahun itu dikompaun RM10,000 mengikut Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021.

MKN menetapkan SOP bilangan kehadiran ahli keluarga tidak melebihi 10 orang dan ini tidak termasuk Ahli Jawatankuasa Tanah Perkuburan atau Krematorium semasa pelaksanaan PKP.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top