BM | EN | 中文

Langgar PKPP: 121 individu di pusat hiburan di Johor Bahru dikompaun

PDRM-Polis.png

JOHOR BAHRU, 9 SEPT: Seramai 121 individu yang sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, dekat sini, malam kelmarin dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam serbuan jam 10 malam itu, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun itu gagal mematuhi penjarakan fizikal.

“Polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang mengaku sebagai pengurus premis itu, yang didapati tidak mempunyai lesen perniagaan serta seorang lelaki warga Myanmar dan seorang wanita warga Vietnam kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam

Ayob Khan berkata hasil saringan air kencing mendapati kesemua individu negatif dadah dan kes disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959 serta Undang-Undang Kecil 3(1) dan Undang-Undang Kecil 50(1) Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBJB (2016).

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top