BM | EN | 中文

Lampu lebuhraya Pasir Gudang rosak dekat Taman Perling undang bahaya

adun-perling-lampu-jalan-pasir-gudang.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 NOV: Kerosakan lampu jalan di beberapa kawasan di sepanjang lebuhraya Pasir Gudang hingga ke Taman Perling mengundang rasa bimbang di kalangan pengguna.

Adun Perling, Cheo Yee How berkata beliau menerima banyak aduan dari pengguna lebuhraya itu berikutan ketiaadan fasilit terutamanya berhampiran Taman Perling yang mendatangkan bahaya terutamanya kepada pemandu kereta dan penunggang motosikal.

“Jalan ini boleh dikategorikan sebagai lebuhraya dan saya mendapat aduan banyak lampu jalan di kawasan ini tidak berfungsi atau bernyala.

Advertisement

“Ini membahayakan pengguna jalanraya terutamanya ketika hujan, pada malam dan cuaca gelap.

“Dari pemerhatian kita didapati banyak litar pada tiang lampu telah dirosakkan.

“Ini adalah perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan litar di tiang tersebut sehingga merosakkan lampu berkenaan.

Advertisement

“KIta akan buat laporan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR). Kita difahamkan bahawa jalan ini adalah di bawah penjagaan JKR dan berharap JKR dapat mengambil serius serta menyelesaikannya secepat mungkin,” ujarnya.

Beliau memaklumkan masalah itu telah berlaku lebih dari tiga bulan dan pelbagai risiko yang dihadapi pengguna semenjak ketiadaan pencahayaan di jalan tersebut.

Dalam pada itu Ketua Kampung Teluk Serdang, Zaaba Ibrahim berkata beliau turut mendapat banyak aduan dan rungutan dari pengguna.

Advertisement

Beliau yang juga Naib Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Pulai berkata, jalan yang gelap itu menyukarkan pengguna untuk mengenal pasti keadaan jalanraya tersebut terutamanya ketika waktu malam.

“Memang bahaya. Aduan dari penduduk disini (Kampung Sungai Perling) diterima pihak kami.

“Saya meminta agar disegerakan tindakan untuk menghidupkan semula lampu jalan tersebut agar ia dapat memberikan keselesaan kepada pengguna.

Advertisement

“Saya juga meminta agar pemantauan dibuat seperti pemasangan kamera litar supaya dikenalpasti pelaku kerosakan serta mengelakkan kecurian kabel pada lampu jalan,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top