KLUANG, 29 JAN: Masalah kemalangan dan kesesakan di persimpangan Kampung Datuk Abduol Rahman Yassin, Jalan Abdullah dan jalan masuk ke taman rekreasi Gunung Lambak akan dapat dikawal apabila kerja pemasangan lampu isyarat siap dilaksanakan kelak.
Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata kes kemalangan yang kerap berlaku di daerah ini didapati di simpang tiga dengan antara kekerapan tertinggi berdekaran lokasi dimaksudkan.
“Punca utama kemalangan berlaku di jalan Abdullah adalah kenderaan yang tidak mengikut had kelajuan dan juga ketiadaan lampu isyarat.
“Pihak kami segera mencadangkan pihak berkenaan untuk memasang lampu isyarat dengan secepat yang mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memaklumkan, pada Febuari 2020, pihaknya telah menjalankan banyak lawatan tapak bersama pegawai Jabatan Kerja Raya, pegawai Majlis Perbandaran Kluang dan MPKK Kampung Dato Abdul Rahman Yassin.
Justeru katanya, pejabat ahli parlimen Kluang menyatakan rasa gembira dan bersyukur kerana peruntukan projek pemasangan lampu isyarat telah diluluskan secara awalnya oleh pihak majlis.
“Kini lampu isyarat telahpun siap dipasang dan juga telah mula berfungsi dan keselamatan warga Kluang terjamin sekali lagi.
“Kami ingin mengingatkan semua pengguna jalan raya untuk memandu dengan berhati-hati dan perlahankan kenderaan apabila anda mendekati lampu isyarat atau jalan bersimpang.
“Keselamatan dan kesejahteraan warga Kluang akan sentiasa menjadi keutamaan kami,” ujarnya lagi.
Johorkini