BM | EN | 中文

Lambakan pekerja asing undang keresahan orang ramai di Menara TJB

Lambakan-pekerja-asing-undang-keresahan-orang-ramai-di-Menara-TJB.jpeg

Gambar Ehsan Utusan Online

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 NOV: Perbadanan Pengurusan Menara TJB memohon pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen untuk menyelesaikan masalah lambakan pekerja asing yang berkumpul di pekarangan bangunan itu bagi menjalankan urusan dengan jabatan berkenaan.

Pengurusnya, Lee Choon Ming berkata, masalah lambakan pekerja asing itu sudah diadukan kepada pihak berkenaan sejak tiga tahun lalu namun tiada penyelesaian sehingga kini.

Katanya, pekerja asing majoritinya daripada Pakistan, India dan Bangladesh seramai lebih 100 orang akan berkumpul setiap hari Ahad hingga Khamis di situ.

Advertisement

“Mereka bukan sahaja berkumpul beramai-ramai tanpa penjarakan fizikal, tetapi mereka juga makan dan minum selain turut membuang sampah di kawasan sekitar.

“Perkara itu telah menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan 130 penyewa kami yang majoritinya adalah pejabat peguam, akauntan dan kerani.

“Selain itu, masalah kebersihan juga timbul apabila mereka menggunakan tandas premis di tingkat satu sehingga berlaku kerosakan menyebabkan kami terpaksa menutup terus tandas berkenaan,” katanya, lapor Utusan Online.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabat Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, hari ini.

Tambah Choon Ming, lambakan warga asing yang berkumpul di Menara TJB untuk melakukan urusan pembaharuan permit kerja mereka juga menghalang klien dan pengunjung untuk memasuki bangunan berkenaan kerana bimbang akan keselamatan dan juga ancaman Covid-19.

Sementara itu, Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan agensi kerajaan terlibat bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani masalah yang berlarutan sejak 2019 lalu.

Advertisement

“Kita berharap akan ada penyelesaian berhubung perkara ini, mungkin pihak berkenaan boleh menyediakan lokasi dengan pemasangan pita keselamatan untuk menunjukkan lokasi pekerja asing boleh berkumpul.

“Ini penting dengan mengambil kira tempoh pandemik Covid-19, di mana kita tidak mahu berlaku penularan di kawasan sekitar apabila terdapat ratusan individu berkumpul pada satu-satu masa,” jelasnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top