BM | EN | 中文

Lambakan hasil nanas bimbangkan pekebun

hamid-jamah-lambakan-nanas.png
Advertisement

BATU PAHAT, 15 FEB: Lambakan hasil tanaman seperti nanas yang berlaku di Johor baru-baru ini memerlukan perhatian dari kerajaan.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Abdul Hamid Jamah berkata terdapat pekebun yang telah menuai hasil mereka namun tidak ada pasaran untuk dijual.

Jelasnya, sebelum ini terdapat pihak industri yang bersedia membeli hasil tanaman tersebut namun selepas PKP dilaksanakan membuatkan pihak industri menghentikan pembelian mereka.

Advertisement

“Kita tidak maklum masalah industri yang tidak mahu membeli hasil, namun apa yang dimaklumkan kepada kami industri juga terkesan dengan langkah kerajaan melaksanakan PKP ini.

“Kesannya adalah kepada pekebun yang mana lambakan hasil di beberapa tempat khususnya di barat negeri Johor.

“Kerajaan perlu membantu mereka sama ada membeli hasil mereka dengan harga setimpal atau menyediakan platform untuk mereka memasarkan hasil tersebut secara meluas,” jelasnya.

Advertisement

Tambah Hamid, kerajaan boleh mengambil hasil pekebun sebagai stok simpanan atau ‘food bank’ seperti dicadangkan sebelum ini.

Ujarnya ia boleh menjimatkan belanja kerajaan dengan mengambil hasil yang sedia ada lebih awal.

“Untuk Johor sahaja peruntukkan lebih dari RM 4 juta disediakan bagi mewujudkan ‘food bank’ ini. Pastinya ia akan melangkaui masa yang diperlukan.

Advertisement

“Kerajaan dicadangkan untuk membelanjakan peruntukan itu bagi persediaan ‘food bank’ di negeri ini.

“Ia akan menjimatkan belanja selain mampu menjimatkan masa yang diperlukan oleh kerajaan. Cadangan ini boleh membawa negeri Johor ke arah kestabilan bahan mentah yang diperlukan,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top