BM | EN | 中文

Laman web pasukan Sukma Johor 2020 dilancar

IMG-20200124-WA0027.jpg

ISKANDAR PUTERI, 24 JAN: Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor melancarkan laman web rasmi Sukan Malaysia (Sukma) 2020 sebagai platform kepada orang ramai untuk mengikuti perkembangan berkenaan temasya itu secara dalam talian.

Laman web tersebut dilancarkan pada Majlis Amanat dan Penyerahan Sijil Pelantikan Ketua Kontinjen dan Timbalan Kontinjen Sukma Negeri Johor 2020 di Hotel Ramada, disini, semalam.

Turut hadir, Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Chef De Mission (CDM) pasukan Sukma Johor 2020, Datuk Amran Rahman.

Antara paparan menarik pada laman web ini adalah penerangan dan maklumat mengenai logo, maskot, rekabentuk dan warna rasmi Sukma Johor 2020 selain jaringan ke laman rasmi kerajaan Johor dan para penganjur.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan berkaitan pasukan Sukma Johor 2020 melalui laman web rasmi ini di pautan berikut http://www.riseup.my.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top