BM | EN | 中文

LALUAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT BANDAR PULAI JAYA DIBUKA HARI INI

IMG-20191111-WA0029.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 11 NOV : Laluan persimpangan bertingkat Bandar Pulai Jaya yang dibangunkan dengan kos RM85.4 juta dibuka secara rasmi hari ini.

Projek yang telah diuruskan dan dibiayai sepenuhnya oleh Extreme Consolidated Sdn Bhd itu telah bermula pembinaannya pada 1 Januari 2014 dan sepatutnya disiapkan pada tahun 2016 namun tertangguh.

Advertisement

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pada awalnya projek berkenaan mempunyai sedikit permasalahan sehingga mengakibatkan kelewatan pembinaannya disebabkan proses pengambilan balik tanah, pencawang elektrik, kerja-kerja pengalihan utiliti yang terdapat di kawasan pembinaan.

“Kini, Alhamdulillah, ianya telah berjaya disiapkan dengan jayanya mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

“Jalan yang dibina melibatkan laluan sepanjang kira-kira 1 kilometer ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas bagi Jalan Pontian-Johor Bahru sehingga 40 peratus

Advertisement

“Dengan wujudnya persimpangan bertingkat ini ianya juga bakal memanfaatkan lebih 100,000 kenderaan.

“Secara tidak langsung, tempoh perjalanan yang akan dilalui adalah lebih kurang 25 minit dan telah memendekkan masa dan jarak kepada penggunanya,”katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Bandar Pulai Jaya, Kulai, hari ini.

Tambahnya, pembinaan persimpangan itu dijangka dapat melonjakkan kepesatan pembangunan.

Advertisement

Dalam masa sama, beliau berkata, ia dapat menjana pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar serta menghubungkan penduduk dengan kawasan sekitar sekali gus ianya dijadikan sebagai akses yang lebih baik kepada komuniti.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top