BM | EN | 中文

Laluan khas OKU di Stadium Sultan Ibrahim

IMG-20200228-WA0062.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 FEB: Bagi memastikan yang terbaik buat para penyokong Harimau Selatan, laluan khas buat golongan kelainan upaya (OKU) disediakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Munurut laman facebook Johor Southern Tigers, laluan khas OKU ini bagi kemudahan dan keselesaan buat penyokong istimewa ini.

“Golongan OKU akan melalui pintu bersebelahan tangga di pintu C untuk naik ke Tingkat Satu melalui lif sambil dibantu oleh marshall yang bertugas.

Advertisement

“Seterusnya golongan ini dibawa menuju ke ruangan khusus yang telah disediakan untuk menyaksikan perlawanan,” menurut kenyataan itu.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JDT bagi memastikan penyokong daripada golongan OKU turut berpeluang merasai kehangatan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Ibrahim.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top