BM | EN | 中文

LALUAN KHAS BAGI PENGUNDI BEKERJA DI SINGAPURA 

penamaan-calon-9.jpg
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV : Pengundi-pengundi yang berkerja di Singapura akan disediakan satu laluan khas di tambak Johor bagi memudahkan perjalanan untuk mengundi pada 16 November ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian telah berbincang dengan pihak Immigresen untuk memastikan segalanya berjalan lancar pada hari tersebut.

“Laluan istimewa itu akan dibuka pada 12 tengah malam dan akan ditutup pada 5 petang.

Advertisement

“Jika mereka (pengundi) menunjukkan bukti bahawa mereka adalah penduduk Pontian dan akan mengundi pada hari tersebut, laluan khas itu adalah disediakan untuk mereka bagi mempercepatkan proses perjalanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, disini, hari ini.

Tambahnya lagi, satu pasukan akan bertanggungjawab untuk menghubungi atau menghantar surat kepada pengundi-pengundi yang kini bekerja di Singapura.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, Muhyiddin turut menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) bertanding untuk mengekalkan kerusi tersebut.

“Jika wakil rakyat untuk Parlimen Tanjung Piai ini adalah daripada PH, maka akan menjadi lebih mudah untuk menguruskan segala urusan di sini.

“Ini kerana PH ialah kerajaan, maka segala soal pembangunan dan ekonomi akan lebih effektif dan hebat,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top