BM | EN | 中文

Laluan di petempatan Orang Asli 45km Tanah Abang-Punan-Kg Peta di Johor bakal dibina

kampung-peta-kahang-kluang-mersing.jpg

Suasana perkampungan Orang Asli di Kampung Peta, Kluang (Gambar Ehsan Mugen Lau)

Advertisement

MERSING, 12 JUL: Jalan perhubungan sepanjang 45km yang melalui kawasan penempatan Orang Asli dari Tanah Abang – Punan – Kg Peta di Johor bakal dibina.

Perkara itu dinyatakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) oleh Menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Jakoa di Gombak, Selangor, pada Jumaat.

Selain di Johor, projek pembinaan jalain lain adalah Jalan Bawong, Sungai Siput ke Pos Poi – Pos Piah – RPS Kemar di Perak sejauh 60km, jalan dari Felda Tawai ke RPS Dala di Perak sejauh 17km dan Jalan Simoi Lama ke Pos Lenjang, Pahang sejauh 15km.

Advertisement

Katanya KPLB juga sedang melaksanakan projek bekalan air bersih dan terawat ke 155 perkampungan Orang Asli yang masih tiada bekalan air terawat.

Selain itu, pembangunan telekomunikasi melalui kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1 & 2 dan MEASAT menerusi program Connectme Now untuk meluaskan capaian telekomunikasi ke perkampungan Orang Asli di seluruh Semenanjung.

“Bagi Program Bantuan Rumah Orang Asli pula, dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kementerian akan melaksanakan pembinaan 600 unit rumah baharu dan membaik pulih serta menaik taraf 400 unit rumah sedia ada,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Jakoa di Gombak, Selangor, Jumaat lepas.

Advertisement

Terdahulu, Dr Abd Latiff dilaporkan Bernama sebagai berkata, kerajaan akan memperkukuhkan peranan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dengan memperkasakan sumber manusia di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah.

Katanya penstrukturan ini penting untuk memastikan Jakoa dapat berperanan lebih cekap dan berkesan.

“Ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan pentadbiran Jakoa dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Orang Asli dapat dipertingkatkan,” katanya.

Advertisement

Selain itu, katanya untuk memastikan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli terus kompetitif, KPLB telah merancang hala tuju dengan tumpuan merancakkan peningkatan pendapatan masyarakat Orang Asli.

Beliau berkata ia dilakukan melalui Projek Perladangan, Projek Pertanian dan Projek Penternakan.

Dr Abd Latiff berkata pada masa sama, pentadbiran di perkampungan Orang Asli juga perlu ditambah baik dengan memperkasakan institusi batin serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Orang Asli menerusi kursus dan latihan yang bersesuaian berkaitan pentadbiran dan pengurusan kampung.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top