BM | EN | 中文

LALUAN BAHARU RANCAK AKTIVITI PELANCONGAN JOHOR DAN KELANTAN

cai-tung-0.jpg

Cai Tung (tengah) menyempurnakan Penerbangan Sulung Firefly Kota Bahru ke Johor di LTAS

Advertisement

KULAI, 18 DIS : Laluan baharu yang menghubungkan negeri ini dan Kelantan menerusi syarikat penerbangan Firefly dijangka akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan kedua-dua negeri.

Penerbangan terus Johor Bahru ke Kota Bahru dan Kota Bahru ke Johor bahru itu adalah tiga kali seminggu iaitu Selasa, Khamis dan Sabtu bermula semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, perkembangan ini turut dijangka memberi impak sempena dengan Tahun Melawat Johor (TMJ) 2020, pada tahun depan.

Advertisement

“Laluan baharu dijangka dapat membantu menarik kedatangan pelancong ke tempat-tempat menarik di kedua-dua negeri ini.

“Apatah lagi kita akan menyambut TMJ 2020 pada tahun depan. I I kerana kita bukan sahaja melihat statistik kedatangan pelancong antarabangsa semata-mata, malah statistik kedatangan pelancong domestik ke negeri ini juga amat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Penerbangan Sulung Firefly Kota Bahru ke Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini, semalam.

Advertisement

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See.

Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya memberitahu, statitik pelancong domestik ke negeri ini juga turut meningkat setiap tahun.

“Jumlah kedatangan pelancong domestik ke Johor pada tahun lalu adalah 2.92 juta berbanding pada tahun 2017 melibatkan 2.63 juta dan 2.4 juta pada 2016,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, setakat ini, LTAS menyediakan perkhidmatan untuk lima syarikat penerbangan membabitkan 12 laluan domestik dan tujuh laluan antarabangsa.

“Dengan ini, saya sangat mengalu-alukan lebih banyak syarikat penerbangan memberi sokongan terhadap pelancongan negeri ini dengan membuka lebih banyak laluan-laluan baharu,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top