BM | EN | 中文

Lakukan reformasi parlimen, lantik Timbalan Speaker dari pembangkang

Lim-Kit-Siang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 OGOS: Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mencadangkan reformasi Parlimen dengan melantik ahli parlimen pembangkang bagi mengisi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Kata Kit Siang, cadangan itu dikemukakan susulan peletakan jawatan Azalina Othman Said sebagai Timbalan Speaker pada 23 Ogos lalu selain turut disebut bakal menjadi sebahagian anggota kabinet pentadbiran Ismail Sabri.

“Namun, perkara ini mestilah menjadi sebahagian daripada reformasi Parlimen dan institusi yang memerlukan komitmen pelaksanaan daripada Perdana Menteri sendiri,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Advertisement

Vetera DAP itu turut mengulangi gesaan agar kerajaan menerapkan strategi dan pendekatan “keseluruhan masyarakat” termasuk terbuka menerima cadangan dan kritikan daripada pakar untuk menangani Covid-19.

“Seperti (kritikan dan cadangan) yang telah diberikan oleh Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta (FPMPAM) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengenai tindakan mengetepikan peranan doktor am swasta dalam Program Imunisasi Kebangsaan (PICK).

“Ini juga termasuk pemecutan pelaksanaan program vaksinasi di negeri-negeri di luar Lembah Klang; sambungan semula program bantuan makanan khas untuk pelajar sekolah dan dasar baharu untuk mengakhiri angka kematian akibat Covid-19 yang tinggi dan untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat,” ujarnya.

Advertisement

Terdahulu, Kit Siang dilaporkan Roketkini sebagai berkata, krisis politik dihadapi negara hanya boleh diselesaikan dengan semua parti politik kembali kepada prinsip pembinaan negara bangsa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sistem monarki berperlembagaan yang berteraskan demokrasi berparlimen, doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, dan penghormatan kepada hak asasi manusia.

“Kita perlu kembali kepada kehidupan normal sebelum kita boleh memulakan fasa seterusnya perjuangan untuk memenuhi aspirasi Bapa Malaysia untuk Malaysia menjadi sebuah sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu.

“Namun, sebelum kita boleh menjadi ‘sinar cahaya’ kepada dunia, kita perlu mencapai status negara hebat bertaraf dunia, bukannya kekal dalam arah menjadi sebuah negara gagal.

Advertisement

“Inilah cabaran yang dihadapi oleh Perdana Menteri baharu kita,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top