BM | EN | 中文

Laksanakan sistem saring dan jejak komprehensif – Senator PH Plus

saringan-covid-19.jpeg

Grafik Ehsan Roketkini

Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Kerajaan perlu mengambil keputusan tuntas untuk melaksanakan sebuah sistem saring dan jejak yang komprehensif dan berkesan.

Ahli-ahli Dewan Negara Pakatan Harapan Plus dalam satu kenyataan berkata, sistem tersebut akan membolehkan pengawalan penularan wabak secara bersasar sehingga majoriti populasi negara ini divaksin tanpa meranapkan fabrik ekonomi negara.

“Sebuah model ‘saring dan jejak’ yang menyeluruh adalah asas kepada usaha membendung penularan Covid-19 tanpa perlu melakukan perintah sekatan.

Advertisement

“Daripada menghadkan ujian saringan, sebaliknya kerajaan sepatutnya mempertingkat kapasiti seboleh mungkin, dan menjadikan kosnya lebih mampu milik, malah percuma untuk semua.

“Ini kemudiannya wajar digandingkan dengan pelantikan lebih ramai penjejak kontak rapat dan petugas baris hadapan, supaya kita dapat mengenal pasti kluster baharu dengan cepat dan mengawalnya secara bersasar, berbanding perintah sekatan secara am,” kata kenyataan itu Rabu, lalu.

Menurut kenyataan itu, setelah hampir setahun mengharungi wabak Covid-19, namun melihat kepada langkah-langkah yang diumumkan dalam pakej bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) baru-baru ini, nampaknya seakan tiada pengajaran yang diambil sepanjang tempoh terbabit.

Advertisement

Jelasnya, walaupun telah dinasihat berulang kali selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama supaya dilaksanakan sistem yang akan membolehkan pengawalan penularan Covid-19 sambil memastikan ekonomi terus berfungsi, alat paling tumpul masih ditawarkan, suatu perintah sekatan (lockdown).

Terdahulu Roketkini melaporkan kenyataan para senator PH Plus memaklumkan ketika Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) diumumkan, dan kemudian pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang menjadi intipati Belanjawan, kesimpulannya kekal serupa.

“Langkah yang diumumkan adalah secara prinsipnya tepat, tetapi terlalu kecil untuk menampung kehilangan pendapatan yang berlaku. Tiada bezanya dengan pakej PERMAI yang terbaharu ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top