BM | EN | 中文

“Lain ‘cara Johor’ Hasni, tapi Khaled Nordin dan Shahrir ikut cara siapa?

shahrir-hasni-khaled.png
Advertisement

KLUANG, 14 NOV: Berlainan dengan ‘cara Johor’ diterapkan Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Hasni Mohammad, sebaliknya Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Bahagian Umno Johor Bahru, Shahrir Samad dilihat seolah mahu menjadikan suasana politik di negeri ini semakin tidak stabil.

Penyelaras PKR DUN Layang-Layang, Mohd Faizul Abd Ghani (gambar) berkata, usaha dilakukan Hasni menstabilkan keadaan politik di negeri ini terganggu susulan kenyataan bekas ahli parlimen Johor Bahru dan bekas menteri besar Johor itu.

“Ketika Hasni mahu tenteramkan keadaan politik di Johor yang semua sedia maklum berkedudukan Perikatan Nasional (PN) 29 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi, dua pemimpin ini cuba merosakkan kestabilan itu.

Advertisement

“Semua orang tahu MB Johor perkenalkan ‘cara Johor’ untuk menyantuni pembangkang. Malah pembangkang disebut sebagai ‘rakan strategik’.

“Khaled Nordin dan Shahrir Samad ini ikut cara siapa? Apa niat mereka mencabar Bersatu dan mengejek PAS? kata Faizul.

Shahrir Samad sebelum ini mencabar presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin agar parti itu menarik sokongan kepada menteri besar, Hasni Mohammad.

Advertisement

Sekiranya sokongan sekurang-kurangnya dua Adun dilakukan, kerajaan PN Johor dijangka tumbang dan pilihanaya negeri (PRN) Johor terpaksa diadakan.

Manakala Khaled Nordin memomokkan PAS, parti gabungan dalam kerajaan Johor dengan tuduhan parti Islam itu sebagai parti ekstrem.

Warganet di Johor menyifatkan kenyataan dua pemimpin Umno itu seolah ingkar titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, selain dibimbangi menyebabkan pentadbiran di negeri ini menjadi tidak stabil.

Advertisement

Susulan itu Faizul membangkitkan persoalan apakah wujud persaingan dalaman Umno Johor, sehingga Shahrir Samad dan Khaled Nordin dilihat ‘mensabotaj’ Hasni.

“Apakah ada sabotaj? Apakah Shahrir dan Khaled Nordin tak dicalonkan semula sebagai calon BN dalam pilihanraya umum ke-15 sampai ‘mensabotaj’ Hasni? Kita tak pasti.

“Tapi yang pasti kenyataan dua pemimpin Umno ini menyebabkan kerajaan Johor tidak stabil.

Advertisement

“Ini kita belum dengar lagi pandangan Adun-Adun Bersatu dan Adun PAS di Johor. Mereka tentu ada pandangan terhadap kenyataan Shahrir dan Khaled Nordin ini,” kata Faizul lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top