BM | EN | 中文

‘LAHIRKAN LEBIH RAMAI IKON MUDA UNTUK BANTU TANGKIS FITNAH TERHADAP KERAJAAN’

5009028a-4a6d-49f3-83eb-054a22814034.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 8 SEPT: Ketua Pemuda Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman, menyeru semua ahli sayap parti tersebut untuk menjadi ajen penerangan yang membantu menangkis fitnah terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Taqiuddin berkata, kerajaan Pakatan Harapan Johor berdepan ancaman fitnah dari pembangkang yang cuba mengelirukan masyarakat, lebih-lebih lagi di kawasan majoriti Melayu.

Menurutnya, terdapat keperluan bagi pemuda Amanah negeri menampilkan pimpinan sayap parti itu sebagai pemimpin atau ikon masyarakat, disambil untuk menyalurkan maklumat sebenar dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

Advertisement

“Kita akan berusaha melahirkan ikon-ikon anak muda menerusi School Of Future Frontier (SOFF), dimana anak muda berusia diantara 18 hingga 35 tahun yang mempunyai nilai kepimpinan akan menerima latihan yang akan dipimpin oleh Biro Pembangunan Kepimpinan Pemuda,” katanya semalam.

Taqiuddin, yang juga Adun Pulai Sebatang, berkata demikian dalam Konvensyen Pemuda Amanah negeri yang ke-3, di Signature Summit Hotel, Batu Pahat.

Hadir sama, Ketua Pemuda Amanah nasional, Mohd Sany Hamzan.

Advertisement

Taqiuddin berkata fitnah yang disebarkan ketika ini bukan sahaja mengundang resah di kalangan rakyat, bahkan mula menggugat perpaduan antara kaum.

Justeru, beliau mengingatkan pemuda Amanah negeri untuk memanfaatkan setiap platform yang ada bagi membantu mencegah penularan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top