BM | EN | 中文

Lagi desakan agar kerajaan Johor keluar peruntukan bagi pemulihan alam sekitar

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 OKT: Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kelestarian (ASK) Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor hari ini sekali lagi mendesak kerajaan agar memperuntukkan sejumlah belanja bagi pemulihan alam sekitar.

Pengarah ASK, Rozita Abdul menyuarakan hasrat berkenaan walaupun beliau pernah menyuarakan isu sama tahun lalu menjelang Belanjawan Johor 2021.

Mengulas perkara itu, Rozita terus berharap agar kerajaan dapat memberikan perhatian kepada tahap alam sekitar di negeri ini.

Advertisement

“Saya tidak akan penat untuk menyuarakan hal ini kerana apa yang kita perhatikan, tahap alam sekitar di negeri ini amat menyedihkan sepanjang pemerintahan kerajaan baharu ini.

“Kalau kita nak cakap soal sungai tercemar, itu juga turut berlaku di zaman pemerintahan Perikatan Nasional (PN), malah lebih teruk dengan kerosakan alam sekitar sehingga menyebabkan habibat liar keluar mengganggu manusia.

“Perkara tersebut tidak pernah selesai walaupun sudah berulang kali kita suarakan untuk mencari penyelesaian dan pelbagai cadangan telah diberikan namun keadaan masih sama,” ujarnya.

Advertisement

Rozita tidak menafikan bencana yang berlaku di negeri ini adalah berpunca dari kelalaian dan kerajaan kurang kesedaran dalam usaha pemulihan alam sekitar.

“Kita boleh lihat bagaimana banjir boleh berlaku, ia berpunca dari kurangnya rasa sedar dari kerajaan itu sendiri untuk melakukan pemulihan alam sekitar di negeri ini.

“Bencana yang berlaku adalah berpunca dari kerajaan yang lemah dalam mengenal pasti masalah alam sekitar di negeri ini.

Advertisement

“Justeru desakan agar kerajaan memasukkan peruntukan pemulihan alam sekitar dalam Belanjawan Johor amatlah diharapkan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top