BM | EN | 中文

Lagenda tahun tikus dengan kalendar lunar

IMG-20200126-WA0001.jpg
Advertisement

“Kau tahun apa? Aku tikus,”

Perbualan ini biasa menjelang Tahun Baru Cina.

Senarai haiwan atau ‘shio’ dalam kalendar lunar adalah keunikan perayaan tahun baru Cina – selain limau, angpau dan hari yang penuh merah.

Advertisement

Ada satu legenda tradisional Cina, tentang susunan haiwan dalam kalendar lunar.

Ceritanya begini, ketika Maharaja Yu Huang Da Di (Maharaja Langit) hendak menentukan susunan haiwan dalam kalendar tahunan berpandukan bulan ini, sebuah pertandingan diadakan.

Barang siapa yang dapat menyeberang sungai akan mendapat tempat pertama dan seterusnya mengikut urutan sehingga haiwan ke 12.

Advertisement

Kucing yang dikatakan teman baik tikus waktu itu tahu mengenai pertandingan. Lalu memberitahu kepada teman baiknya, tikus. Mereka sepakat untuk pergi bersama.

Hari pertandingan tiba, tikus tidak bangunkan kucing yang dikenal sebagai binatang suka tidur.

Tertinggallah kucing, tidak mengikuti perlumbaan menyeberang sungai dan tidak tersenarai dalam kalendar lunar Cina.

Advertisement

Tikus pula dikatakan menumpang pada kerbau ketika menyeberang sungai. Ketika kerbau hampir garis tamat, tikus menerjah ke depan melompat dari badan kerbau.

Keputusannya, tikus dapat tempat pertama diikuti oleh kerbau.

Begitulah kononnya kenapa permulaan tahun dalam sistem kalendar lunar Cina bermula dengan tahun tikus.

Advertisement

Dan begitulah juga kononnya bermulanya sumpah musuh tradisi antara tikus dan kucing.

Usul dan asbab urutan haiwan ini tidak datang dengan satu versi. Versi lain dikatakan ketika Budha naik ke syurga, haiwan yang hadir ucapkan selamat tinggal mengikut urutan haiwan kalendar lunar cina.

Bagi memperingati haiwan tersebut, Budha memberikan satu tahun kepada setiap haiwan.

Advertisement

Kalendar ini merupakan tanda pandai dan tajamnya tradisi ilmu tamadun Cina mencerap gerak alam untuk mengukur waktu.

Dalam budaya Cina purba, membangunkan sistem masa berdasarkan gerak bulan bertujuan mengetahui perubahan musim yang terjadi ketika bulan gerak mengelilingi bumi selama 29 ½ hari.

Manfaatnya, petani ketika itu dapat memahami dan meramal fenomena alam yang terjadi dan bakal terjadi. Sebab ini juga kalender lunar Cina juga dikenal sebagai ‘nong liek’ (kalender petani).

Advertisement

Kalender ini bukti dekatnya manusia dengan alam, kerana sistem waktu manusia diukur melalui pengamatan terhadap gerak alam semesta.

Belajar dari alam yang bergerak, sistem masa pun berkembang untuk manusia mengurus alam dan dirinya sendiri.

Selamat Tahun Baru Cina,
Selamat Tahun Tikus

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top