BM | EN | 中文

‘LAFAZ SYAHADAH DEPAN TUNKU ISMAIL’

5799A875-B4E4-46F3-9346-7E9C6843D06C.jpeg
Advertisement

GELANG PATAH, 23 OGOS: Tujuh orang Asli suku Seletar melafazkan dua kalimah syahadah dalam satu majlis sempena lawatan muhibbah Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di Kampung Simpang Arang, dekat sini, petang semalam.

Majlis yang berlangsung di perkampungan itu turut disaksikan kira-kira 2,000 penduduk kampung, dengan lafaz syahadah dipandu oleh Sohibus Samahah Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Ketujuh-tujuh mereka, yang lengkap berbaju kurung dan Melayu, duduk di atas pentas dan melafazkan kalimah syahadah masing-masing dengan sekali lafaz.

Advertisement

Hadir sama pada majlis tersebut ialah penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadut dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian Dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi.

Dalam lawatan petang semalam, Tunku Ismail turut berkenan merasmikan Rumah Darul Hikmah di Kampung Simpang Arang yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Baginda juga berkenan meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan penduduk setempat dan menunggang sendiri motorsikal bagi mengelilingi sekitar kampung sambil diiringi masyarakat setempat.

Advertisement

 

Johorkini

Sumber gambar: Twitter @HRHJohorII

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top