BM | EN | 中文

KYPJ Raih 13 Pingat Emas Di WCC

KYPJ-1.jpg

Pasukan SHP KYPJ bergambar bersama pingat emas dan pingat-pingat yang dimenangi bersama juri di Pertandingan World Chef Championship di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 DIS : Pasukan Sekolah Hopitaliti & Pelancongan (SHP) Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) berjaya membawa pulang sembilan pingat emas dan empat pingat emas kecemerlangan dalam Pertandingan Word Chefs Championship (WCC) Agro Base Product di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Pasukan yang diwakili 11 pensyarah dan 21 penuntut itu turut memenangi sebelas pingat perak dan sebelas gangsa pada kejohanan yang berlangsung dari 13 hingga 15 Disember lalu di Stadium Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Kesemua pingat emas diraih melalui kategori masakan lemak lodeh, ukiran ais individu, ukiran ais berkumpulan, cabaran masakan salmon, nasi goreng istimewa, hidangan utama ayam moden, asam pedas dan My Laksa.

Advertisement

Sementara Pingat Emas Kecemerlangan pula diraih melalui penyertaan dari kategori ukiran buah-buahan berpasukan, dekorasi kek, masakan burger dan ayam rendang.

Pingat perak pula dimenangi melalui penyertaan kategori hidangan utama moden kambing, ukiran buah-buahan berpasukan, nasi lemak, cabaran pasta, asam pedas, masakan Melayu dan My Laksa.

Pertandingan selama tiga hari itu turut disertai chef dari beberapa negara Asean selain chef-chef dari hotel-hotel dan sekolah-sekolah hospitaliti tempatan.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Eksekutif KYPJ, Shahrim Adon menyifatkan kejayaan yang dicapai kolej itu dalam WCC bukan sahaja membanggakan malah menaikkan reputasi KYPJ antara penyedia program perhotelan dan pelancongan terunggul di negara ini.

Sebahagian penuntut SHP KYPJ yang memenangi pingat emas di World Chef Championship di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

“Kejayaan ini adalah hasil persediaan rapi dan kerja keras yang dilakukan tenaga pengajar dan para pelajar SHP beberapa minggu sebelum pertandingan untuk mendapatkan hasil terbaik di WCC.

“Beberapa kejayaan SHP di peringkat antarabangsa termasuk di Salon de L’alimentation di Jakarta November lalu telah menaikkan moral dan motivasi para pelajar dan pensyarah KYPJ untuk melakukan yang lebih baik pada masa hadapan,”katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top