BM | EN | 中文

KWSP Johor Bahru ditutup sementara untuk sanitasi

kesp-johor-bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 DIS: Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru di sini ditutup sementara mulai hari ini bagi melalui proses disinfeksi dan sanitasi.

KWSP menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata penutupan itu hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Justeru itu, ahli-ahli yang telah membuat janji temu pada hari ini dan dalam tempoh terdekat dinasihatkan menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online.

Advertisement

Menurut hantaran itu lagi, ahli juga boleh ke mana-mana cawangan KWSP di sekitar Johor yang masih beroperasi seperti biasa atau melakukan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top