BM | EN | 中文

Kutipan zakat 2019 memberangsangkan – MAINJ

IMG-20200217-WA0014.jpg

Khirul Nizam Md Said (dua kiri) menyerahkan cenderamata kepada Tosrin Jarvanthi pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Transit Baitul Rahmah Fasa 2 MAIJ, di Kampung Tenglu, hari ini.

Advertisement

MERSING, 17 FEB : Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjaya mengutip semua jenis zakat pada jumlah yang memberangsangkan sepanjang tahun 2019 iaitu sebanyak RM307.2 juta.

Wakil rasmi Pegawai Eksekutif MAINJ, Khirul Nizam Md Said berkata, kutipan berkenaan merangkumi zakat pendapatan, wang simpanan, perniagaan, emas dan perak, tanaman, ternakan, galian, saham dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“MAINJ berjaya mengutip sejumlah RM287.2 juta zakat harta, sementara kutipan zakat fitrah pula berjumlah RM19.9 juta.

Advertisement

“Kutipan ini menyaksikan sebanyak RM307.2 juta zakat harta dan fitrah secara keseluruhan berjaya dikumpulkan sepanjang tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Transit Baitul Rahmah Fasa 2 MAIJ, di Kampung Tenglu, di sini hari ini.

Hadir merasmikan majlis, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi.

Advertisement

Tambahnya, bagi agihan pula MAINJ berjaya menyampaikan zakat berjumlah RM262.9 kepada golongan asnaf di seluruh negeri sepanjang tahun lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top