BM | EN | 中文

Kutipan sisa sampah berkurangan sehingga 30 peratus sehari sejak PKP dilaksana

IMG-20200517-WA0001.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 17 MEI: Pembuangan sampah dan sisa pepejal di negeri ini berkurangan sebanyak 30 peratus sehari semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

Pengurus Wilayah Johor SWM Environment Sdn. Bhd., Mohd Zan Arris berkata, sementara itu kutipan sampah kitar semula menunjukkan peningkatan 20 peratus dalam tempoh sama.

“Ketika penularan wabak Covid-19 ini, trend pembuangan sampah menunjukkan penurunan berbanding hari-hari biasa sebelumnya.

Advertisement

“Dahulu sisa buangan sampah di premis jualan agak tinggi dan kini ia berkurangan, kami turut jangka pengurangan sisa sampah akan turut berlaku pada sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambahnya, sungguhpun begitu, pihaknya bersedia untuk menghadapi sebarang situasi dalam usaha memastikan tiada lambakan sisa buangan di seluruh negeri pada sambutan Aidilfitri ini.

Advertisement

“SWM Environment bersedia menguruskan sebarang kemungkinan peningkatan sisa pepejal di kesemua 15 kawasan pihak berkuasa tempatan dalam Johor.

“Beberapa langkah proaktif telah diambil khususnya melalui strategi penganjakan jadual perkhidmatan pengurusan sisa pepejal bermula 23 Mei hingga 30 Mei ini,” ujarnya.

Mohd Zan turut memberitahu, pihaknya juga akan memberi tumpuan kepada kawasan berkepadatan tinggi khususnya di Johor Bahru dan Iskandar Puteri.

Advertisement

“Sehubungan itu orang ramai juga diminta untuk membudayakan konsep sifar sisa merangkumi kaedah pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan pengasingan di punca sepanjang tempoh sambutan Aidilfitri nanti,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top