BM | EN | 中文

Kutipan hasil kerajaan Johor baik namun rakyat perlu diutamakan

IMG-20200109-WA0001.jpg

Cheo Yee How

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 FEB: Kutipan hasil Kerajaan Johor yang mencatatkan pencapaian sebanyak 124.60 peratus adalah suatu perkara yang baik dalam tadbir urus kerajaan.

Namun menurut ADUN Perling, Cheo Yee How, perkara itu juga perlu selari dengan fokus kepada mengutamakan rakyat di negeri ini.

Menurutnya, kutipan hasil yang tinggi adalah perkara asas yang menggambarkan bahawa integriti sesebuah kerajaan itu baik dan perkara tersebut harus dipuji.

Advertisement

“Kita akui yang mana pencapaian ini baik dan ia harus dipuji namun apa yang penting dalam usaha kita memberikan fokus kepada pencapaian kutipan hasil ini, kita juga harus mempertimbangkan kehendak rakyat.

“Sebagai contoh apa yang kita lakukan ini janganlah sampai membebankan rakyat sehingga wujud keluhan yang disuarakan oleh rakyat kelak.

“Tindakan kerajaan ini menggambarkan bahawa kerajaan memang mengekalkan asas integriti yang diperjuang selama ini dan tahniah kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal,” katanya.

Advertisement

Beliau yang merupakan ketua biro pendidikan politik DAP Johor turut memberikan pandangan bahawa pencapaian ini harus dirasai oleh semua golongan.

Katanya lagi, pencapaian hasil ini perlu dimanfaatkan dengan kebajikan serta perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negeri ini.

“Kutipan hasil ini perlu dijadikan sebagai asas untuk kerajaan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Advertisement

“Kita tidak mahu hanya sebahagian golongan sahaja yang mendapat laba dari kutipan hasil tersebut dan apa yang kita mahukan adalah golongan terbawah pun mampu untuk merasai hasil pencapaian tersebut,” katanya.

Yee How turut menjelaskan bahawa segala peluang serta pekhidmatan yang diberikan pada rakyat di negeri ini sebelum ini perlu diteruskan dan ditambah baik bagi mengembalikan hasil kutipan itu kepada rakyat.

“Sebelum ini program-program yang dijalankan oleh kerajaan perlu dikembangkan lagi dan diperluaskan lagi agar hasil kutipan kerajaan negeri mampu memberi manfaat dan dorongan terbaik kepada rakyat,” katanya lagi.

Advertisement

Pada 2 Februari 2020 lalu, Dr Sahruddin telah mengumumkan sebanyak RM 1.93 billion berjaya dikutip kerajaan sepanjang 2019 dan ia juga merupakan kutipan tertinggi yang pernah direkodkan oleh kerajaan negeri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top