BM | EN | 中文

Kuota RGL, PCA rentas sempadan JB – Singapura 17-19 Ogos telah penuh

johor-bahru-singapura-tambak-johor.jpg

JOHOR BAHRU, 14 OGOS: Kuota permohonan rentas sempadan Malaysia dan Singapura di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) mulai 17 Ogos ini didapati sudah penuh untuk tempoh tiga hari.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor Baharuddin Tahir berkata Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah menerima 180 permohonan RGL dan 6,000 permohonan bagi PCA, bagi keseluruhan tiga hari berkenaan, mulai Isnin lepas (10 Ogos).

Menurut beliau sehingga petang semalam kuota pada tarikh 17, 18 dan 19 hari bulan ini telah penuh.

Manakala untuk RGL adalah 400 orang bagi tempoh seminggu, iaitu sehari diantara 50 hingga 60 orang dan PCA adalah 2,000 orang sehari.

“Keputusan permohonan merentas sempadan hanya diketahui sehari sebelum mereka memulakan perjalanan yang akan dimaklumkan menerusi e-mel,” katanya, lapor Bernama

Menurut Baharuddin, bagi memastikan kelancaran, jabatan terbabit bersama agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor menempatkan anggota yang cukup di laluan bas, pejalan kaki, kereta serta motosikal.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top