BM | EN | 中文

Kunjungan hormat Dr Sahruddin ke atas Perdana Menteri bincang pembangunan Johor

mb-johor-mahathir.jpg

Datuk Dr Sahruddin Jamal mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bagi membincangkan tentang pembangunan di negeri Johor.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 FEB : Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bagi membincangkan tentang pembangunan di negeri Johor.

Dalam kenyataan dikongsikan di Facebook beliau, Dr Sahruddin berkata, antara perkara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah mengenai pembangunan infra, ekonomi dan modal insan.

“Dalam pertemuan ini, saya berbincang tentang pembangunan di negeri Johor. Antara perkara yang disentuh adalah mengenai pembangunan infra, ekonomi dan modal insan.

Advertisement

“Saya percaya ketiga-tiga elemen ini memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri.

“Selain membincangkan tentang pembangunan negeri, isu kesesakan di tambak Johor dan isu covid-19 juga turut disentuh. Saya yakin dan percaya setiap apa yang dibincangkan akan diperincikan agar setiap isu yang dibangkitkan dapat kita tangani,”katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih buat Perdana Menteri yang sudi menerima kunjungan beliau itu.

Advertisement

Terdahulu, Dr Sahruddin mengadakan kunjungan berkenaan selepas selesai menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-136 yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir di Putrajaya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top