BM | EN | 中文

KUNJUNGAN ADUN JOHOR JAYA CERIAKAN SAMBUTAN DEEPAVALI

liow-cai-tung-deepavali-2019.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 OKT: Penduduk di sekitar kawasan Bandar Seri Alam, Taman Plentong Utama dan Taman Johor Jaya di sini, teruja terima kunjungan dan sumbangan sempena sambutan Deepavali.

Sebanyak lima buah rumah telah dikunjungi dan terima sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan pada satu program yang diadakan dibawah inisiatif Dewan Undangan Negeri Johor Jaya.

Adun Johor Jaya Liow Cai Tung, pasukannya serta ahli-ahli majlis sempat berbual bersama keluarga-keluarga di situ untuk beramah mesra pada lawatan yang di adakan baru-baru ini.

Advertisement

Sebanyak lima buah rumah telah menerima kunjungan tersebut dimana antaranya termasuklah kediaman T. Amphikavatahy, seorang ibu tunggal berumur 42 tahun yang menyara hidup lima orang anak yang masih bersekolah.

Selain itu termasuklah K. Parvathy, 58, yang merupakan seorang balu dan seorang lagi ibu tunggal bernama N. Uma, 38, yang menyara tiga daripada lima orang anaknya yang masih bersekolah.

Kedua-dua Uma dan Parvathy merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

Advertisement

Pada kunjungan tersebut, dua orang warga emas, M. Kurapayee, 63, yang menanggung lima orang cucunya yang masih bersekolah serta M. Alagusamy, 66, turut menerima kunjungan tersebut.

Liow yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri berharap agar sambutan perayaan ini dapat disambut dengan lebih bermakna.

“Semoga bantuan dan sumbangan ini dapat menceriakan suasana sambutan Hari Deepavali pada tahun ini,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top