BM | EN | 中文

Kunjung Muhibah warnai Tahun Baharu Cina 15 keluarga

IMG-20200125-WA0007.jpg
Advertisement

KLUANG, 25 JAN: 15 keluarga terdiri daripada golongan warga emas sekitar daerah ini telah menerima kunjungan muhibah bersempena Tahun Baru Cina, semalam.

Program Kunjung Muhibah anjuran Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang bersama Persatuan Demi Masyarakat Negeri Johor itu bertujuan memberi bantuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Koordinator Jingga 13 Kluang, Jaafar Matek memberitahu, program ini membuka ruang kepada generasi muda untuk menyantuni generasi tua.

Advertisement

“Semangat muhibah dan perpaduan bukan sahaja perlu dipupuk dalam masyarakat berlainan bangsa, namun perlu dipupuk bagi masyarakat berlainan generasi.

“15 keluarga yang dikunjungi itu terdiri daripada penduduk yang menetap di Taman Ilham, Kampung Gajah dan Sri Lalang, di sini,” ujarnya.

Setiap penerima menerima sumbangan berupa buah limau, hamper dan angpau.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top