BM | EN | 中文

KUMPULAN SAMUN TUMPAS DALAM 24 JAM

polis-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OKT – Polis berjaya menumpaskan kes samun di Jalan Wong Ah Fook, di sini, dengan tertangkapnya dua lelaki, awal pagi semalam.

Suspek yang berusia 20-an dan 30-an berjaya diberkas oleh sepasukan anggota polis dan sebuah kereta yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian samun itu turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa yang mengatakan dia telah disamun oleh empat lelaki yang mana motorsikalnya telah dilarikan oleh suspek, kira-kira jam 4.20 pagi,

Advertisement

“Bertindak atas laporan, polis telah menahan dua lelaki dan merampas sebuah kereta yang digunakan oleh suspek dalam kejadian samun itu, 37 minit kemudian.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek tiada rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing adalah negatif.

“Polis juga mendapati kereta yang digunakan dalam kejadian ini adalah milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan lanjut untuk mengesan dua lagi rakannya yang masih bebas dan motorsikal mangsa yang dilarikan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara 20 tahun dan sebatan,” katanya lagi.

Beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua lelaki yang masih bebas untuk menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Suhana Abdullah Sadali di talian 019-8853599.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top