BM | EN | 中文

Kumpulan remaja ditahan ingkar arahan PKP 

IMG-20200327-WA0004.jpg

Sekumpulan remaja yang berhasrat mahu meraikan ulang tahun kelahiran ditangkap ketika berada di tempat bebas sewaktu tempoh PKP, petang semalam.

Advertisement

KOTA TINGGI, 27 MAC : Sekumpulan remaja yang berhasrat mahu meraikan ulang tahun kelahiran ditangkap ketika berada di tempat bebas sewaktu tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, bertindak atas maklumat OP COVID-19, pada jam 5.30 petang, sepasukan Task Force COVID-19 Kota Tinggi ketika menjalankan Rondaan Op Covid-19 dan telah menangkap enam remaja lelaki dan perempuan.

Katanya, kesemua remaja berkenaan dalam lingkungan usia 20-an sedang berkumpul di Laman Tun Sri Lanang, Jalan Niaga, Bandar Kota Tinggi berhampiran Sungai Kota Tinggi.

Advertisement

“Siasatan mendapati mereka telah melakukan kesalahan kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

“Semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meronda, kumpulan remaja ini bersiap – siap untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir.

“Turut dirampas satu wireless portable speaker untuk memainkan muzik bagi meraikan sambutan hari lahir salah seorang rakan mereka,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Peraturan 7 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dengan tidak mengendahkan petugas PDRM, ATM dan ada yang melarikan diri daripada diperiksa.

“Terdapat dua kes tangkapan inggar PKP dilakukan semalam di mana keduanya akan direman pagi ini,”katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top