BM | EN | 中文

KUMPULAN PERTAMA MALBATT 850-7 BERSEMANGAT BERLEPAS KE LUBNAN

IMG-20191003-WA0007.jpg
Advertisement

SUBANG, 3 OKT : Kumpulan pertama pegawai dan anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang berlepas ke Lubnan kelmarin tetap bersemangat menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan, meskipun terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Menurut laporan Berita Harian, MALBATT 850-7 itu dihantar ke Lubnan menerusi empat peringkat, iaitu kumpulan pertama kelmarin, diikuti kumpulan seterusnya pada 8, 15 dan 22 Oktober.

Mereka akan ditempatkan di Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin menerusi kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL.

Advertisement

Majlis penghantaran kumpulan itu di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, dihadiri Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurnakan pemakaian beret PBB dan penyerahan bendera Malaysia.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Advertisement

Sementara itu, salah seorang daripada mereka, Mejar Zulkifli Mat Jusoh, 36, mengakui berat kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga selama setahun.

Bagaimanapun, namun beliau menganggap ia akan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan dan menjadikan mereka lebih menghargai antara satu sama lain.

Beliau juga mengakui cukup berbangga apabila dipilih menyertai Pasukan MALBATT 850-7 yang dianggotai 50 pegawai dan 165 anggota termasuk dua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) itu.

Advertisement

“Dipilih menyertai misi ini satu kebanggaan bagi warga tentera.

“Biar pun tidak pernah terfikir akan ditempatkan di Lubnan, saya anggap ia satu pengiktirafan, lagi pun ini misi pertama saya di luar negara selepas berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kira-kira 16 tahun,” katanya.

Zulkifli yang berkhidmat dengan Batalion 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Desa Pahlawan, Kota Bahru, Kelantanmenyertai kumpulan pertama mengandungi 216 pegawai dan anggota yang akan bertugas di Lubnan sehingga 2 Oktober 2020.

Advertisement

Mereka akan diketuai Kolonel Khairul Anwar Soib, menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) bagi menggantikan pasukan MALBATT 850-6 yang tiba di tanah air, semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top