BM | EN | 中文

Kumpulan Perangsang Selangor catat perolehan RM1.1 bilion

Kumpulan-Perangsang-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 27 MEI: Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) mencatatkan perolehan berjumlah RM1.1 bilion pada tahun fiskal 2020 sekali gus merealisasikan pencapaian baharu kewangan apabila prestasinya melebihi paras RM1 bilion.

Prestasi kewangan itu 24.2 peratus lebih tinggi berbanding RM866.8 juta yang dicatat pada tahun kewangan 2019.

Daripada jumlah itu, sektor pembuatan menyumbangkan hasil tertinggi iaitu RM894.6 juta, diikuti perdagangan (RM124.1 juta) dan perlesenan (RM39.2 juta).

Advertisement

“Infrastruktur merosot, iaitu menyumbang RM9.1 juta. Pelaburan harta tanah juga menyumbang lebih rendah pada tempoh berkenaan, menyumbang RM9.5 juta kepada kumpulan,” menurut kenyataan kumpulan itu, lapor SelangorKini.

Sementara itu, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Fariz Hassan berkata walaupun pandemik Covid-19 melanda, pihaknya mampu mempertahan kecekapan operasi sekali gus menunjukkan hasil luar biasa.

“Pertumbuhan pendapatan yang dicatat pada tahun fiskal 2020 ini hasil dari ketangkasan kami dalam menghadapi cabaran operasi seperti gangguan dalam rantaian bekalan dan permintaan pelanggan.

Advertisement

“Walau apapun cabarannya, usaha berterusan kami dalam memastikan kesinambungan operasi telah menguatkan daya tahan syarikat,” katanya.

Sementara itu, KPS juga memperoleh kelulusan bagi semua ketetapan dalam agenda di Mesyuarat Agung
Tahunan (AGM) kali ke 44 termasuk pengagihan dividen berjumlah RM13.4 juta atau 2.5 sen sesaham bagi tahun berakhir 2020.

Pembayaran dividen itu mewakili 39.3 peratus daripada keuntungan normal syarikat selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM34.1 juta.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top