BM | EN | 中文

KULIM (MALAYSIA) BERHAD TERUS LAKAR PRESTASI BAIK

zainuriah.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 13 DIS : Kulim (Malaysia) Berhad terus melakar prestasi baik pada tahun ini dengan perahan minyak pada 21.74 peratus setakat November lepas.

Ketua Divisyen Khidmat Nasihat Perladangan dan Perkhidmatan Kulim, Zainuriah Abdullah berkata, Kulim menyasarkan untuk menghasilkan minyak sawit mentah melebihi tujuh tan sehektar berbanding empat tan bagi purata minyak sawit mentah di Malaysia.

Katanya, sasaran tersebut akan dicapai dengan penyelidikan yang berterusan dalam biak baka kelapa sawit yang dilakukan.

Advertisement

“Melalui jabatan biak baka tumbuhan, Kulim terus maju dalam menghasilkan baka dan biji benih kelapa sawit yang berprestasi tinggi dan berkualiti.

“Hasil daripada penyelidikan biak baka yang berterusan, Kulim berjaya menempatkan diri bersama-sama dengan syarikat perladangan yang lain di Malaysia.

“Di mana syarikat berkenaan mempunyai hasil purata yang tinggi dan mecatatkan purata 23.98 tan sehektar pada tahun 2017,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Pengarah Eksekutif Kulim, Zulkifly Zakariah pada Majlis Menandatangani MoA antara Kulim Berhad Dan MPOB Serta MoU Dengan Nuklear Malaysia, di Kulim Agrotech Centre (KAC), hari ini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top