BM | EN | 中文

Kulim Berhad terima anugerah majikan terbaik Malaysia 2020 bagi kategori GLC

kulim-berhad.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 DIS: Kulim (Malaysia) Bhd, anak syarikat milik penuh Johor Corporation hari ini mengumumkan syarikat itu telah dianugerahkan “Majikan Terbaik Malaysia 2020” yang berprestij bagi kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) pada Majlis Anugerah dan Persidangan Pembelajaran Majikan Terbaik Kincentric Malaysia 2020.

Majlis itu yang dianjurkan secara maya baru-baru ini, menilai serta mengiktiraf majikan terkemuka di seluruh dunia berdasarkan pengalaman Kincentric selama lebih dari 50 tahun dalam budaya dan penglibatan, penilaian kepimpinan serta pembangunan, sumber manusia dan khidmat nasihat bakat di peringkat global.

Pengarah Urusan Kulim, Mohd Faris Adli Shukery berkata anugerah tersebut membuktikan komitmen berterusan Kulim untuk mengembangkan penglibatan kepimpinan termasuk fokus bakat bagi memacu pertumbuhan, prestasi dan transformasi.

Advertisement

“Kami berbangga dan pada masa yang sama, merendah diri dengan pengiktirafan ini. Di Kulim, kejayaan organisasi disokong oleh kakitangan kami.

”Kami sentiasa berbangga dalam usaha kami untuk memupuk modal insan dan berusaha bagi meningkatkan persekitaran kerja yang akan membolehkan rakyat menjadi diri sendiri, di samping memberi mereka peluang serta sokongan dalam mengembangkan kerjaya mereka,” katanya, lapor Bernama.

Sebelum pengiktirafan ini, Kulim telah menerima Anugerah Emas untuk Amalan Tempat Kerja Terbaik pada Majlis Anugerah CSR Global Tahunan ke-11 2019 daripada Pinnacle Group International yang mengiktiraf syarikat untuk produk, perkhidmatan, inovatif, projek dan program bertaraf dunia mereka yang cemerlang.

Advertisement

“Kulim akan terus mendahulukan komitmennya kepada rakyat dengan memperkukuhkan budaya, amalan sumber manusia, kepimpinan serta program latihan dan pembangunan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top