BM | EN | 中文

Kuliah, ceramah, aktiviti masyarakat di masjid, surau dan musolla Johor ditangguh

masjid-sultan-abu-bakar-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 MAC: Semua aktiviti agama seperti kuliah, ceramah dan seumpamanya di masjid, surau dan musolla di seluruh Johor diarahkan untuk ditangguhkan sekurang-kurangnya selama sepuluh (10) hari bermula hari ini sehingga 26 Mac 2020.

Ia sebagai langkah-langkah kawalan bagi mengelakkan jangkitan dan penularan virus Covid-19 yang melanda negara, termasuk di Johor.

Arahan tersebut dikeluarkan dalam kenyataan bersama Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Rofiki Samsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Mohd Noh Ibrahim, semalam.

Advertisement

“Demikianlah juga arahan ini berkuatkuasa terhadap segala aktiviti kemasyarakatan yang lazimnya dilaksanakan dalam kawasan dan premis masjid, surau dan musolla seperti kursus-kursus, majlis keraian, pengurusan jenazah dan yang seumpamanya,” kenyataan tersebut dipetik.

Kenyataan turut menyebut sekiranya berlaku kematian akibat virus Covid 19, maka pengurusan jenazah orang Islam tersebut hendaklah diuruskan sebagaimana hukum pengurusan jenazah orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti virus Ebola (Ebola Virus disease: EVD).

“Terdapat pengecualian dan kelonggaran (rukhsah) sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudharatan kepada nyawa petugas yang menguruskan jenazah tersebut.

Advertisement

“Dalam hal ini, dibolehkan jenazah itu melalui prosedur tayammum yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya seperti melakukan tayammum hanya diatas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah sahaja,” kenyataan tersebut dipetik.

Terdahulu, semua masjid, surau dan musolla di dalam negeri Johor juga diarahkan untuk melaksanakan operasi pembersihan dan penyahkuman dan mengambil masa selama sepuluh (10) hari bermula hari ini sehingga 26 Mac 2020.

Dalam masa sama umat Islam di negeri ini digalakkan untuk membaca doa Qunut Nazilah khususnya dalam solat lima waktu bagi memohon perlindungan Allah dari segala wabak dan bencana serta memohon agar penularan Covid-19 segera berakhir.

Advertisement

“Marilah kita merafakkan doa semoga wabak Covid-19 ini segera berakhir dan negeri kita beroleh perlindungan Allah SWT dari segala wabak dan bencana,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top