BM | EN | 中文

Kulai kini zon merah Covid-19

kulai.jpg
Advertisement

KULAI, 18 APR: Daerah Kulai menjadi lokasi terbaharu direkodkan sebagai zon merah menjadikan keseluruhan 29 kawasan berada dalam zon berkenaan di Malaysia.

Berdasarkan infografik dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di media sosial rasminya, Kulai menjadi daerah kelima direkodkan dalam zon merah di Johor selepas mencatatkan 41 kes, sehingga semalam.

Daerah-daerah lain yang dikategorikan zon merah kes positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari 17 April di Johor ialah Kluang (221), Johor Bahru (187), Batu Pahat (52) dan Muar (47).

Advertisement

Manakala daerah yang berada dalam zon jingga ialah Kota Tinggi (22 kes). Daerah-daerah lain dalam zon kuning ialah Pontian (18), Segamat (16), Tangkak (15) dan Mersing (4).

KKM turut meminta orang ramai untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun atau alat cecair pembasmi kuman (sanitiser).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top