BM | EN | 中文

Kulai johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor 2020

IMG-20200127-WA0004.jpg

Tunku Idris menyampaikan piala johan keseluruhan kepada daerah Kulai yang diserahkan kepada Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh

Advertisement

KULAI, 27 JAN : Daerah Kulai muncul juara keseluruhan Majlis Tilawah al-Quran kali ke-64 Peringkat Negeri Johor Tahun 2020, baru-baru ini.

Daerah berkenaan memperoleh markah 83 peratus turut mengenepikan sembilan daerah lain dan dalam pertandingan selama tiga hari tersebut yang diadakan di Perkarangan Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulai, di sini.

Tunku Idris menyampaikan hadiah kepada Muhammad Asyraf

Majlis tersebut turut menyaksikan Muhammad Asyraf Hairam Tuan Rosli dan Nadiah Hashim, masing-masing muncul johan qari dan qariah.

Advertisement

Muhammad Asyraf Hairam yang mewakili daerah Johor Bahru dan Nadiah dari Kota Tinggi yang merupakan johan menunggu tahun lalu masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000 berserta plak dan hadiah iringan.

Manakala, tempat kedua qari tilawah dimenangi Mohammad Zakiuddin Hanafi dari daerah Batu Pahat dan Muslim Ali yang merupakan johan menunggu pada tahun 2018 di tempat ketiga.

Tempat kedua dan ketiga qariah tilawah pula masing-masing dimenangi oleh Masfirah Hilman dari daerah Kulai dan Nur Farhan Fiffy Hanipah dari daerah Muar.

Advertisement

Pemenang tempat kedua menerima wang tunai RM10,000 dan pemenang tempat ketiga menerima wang tunai RM5,000 selain plak dan hadiah iringan.

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan menyempurnakan Majlis Penutupnya.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu ialah Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Iskandar dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Iskandar.

Advertisement

Tunku Idris menyampaikan hadiah kepada Nadiah

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembanguan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Rofiki Shamsuddin dan Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh.

Sementara itu, Tosrin dalam sembah ucapannya berterima kasih kepada 24 peserta tilawah yang mewakili setiap daerah di Negeri Johor serta agensi kerajaan yang terbabit membantu pelaksanaan penganjuran majlis itu.

“Saya mewakili pihak jawatankuasa penganjur optimis bahawa kita di peringkat kerajaan negeri yakin akan dapat meneruskan kegemilangan al-Quran, di samping memperkukuhkan jalinan silaturahim di antara satu sama lain.

Advertisement

“Justeru, marilah kita sama-sama mempertahankan kesucian akidah dengan memperkukuhkan ukhwah dalam kalangan umat Islam, al-Quran dan hadis sebagai panduan yang menyuluh kita sepanjang zaman,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top