BM | EN | 中文

Kuarantin warga dari luar negara: Kerajaan wajar tanggung kos bagi mereka yang layak

salahuddin-ayub-akmal-nasir-dewan-rakyat-parlimen.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Kerajaan Malaysia wajar menanggung kos kuarantin untuk warganegara yang layak terutamanya mereka dari Singapura ke Johor, menurut ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dan ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kedua mereka berkata kos yang dikenakan, iaitu RM2,100 merupakan satu beban kepada mereka yang tidak berkemampuan.

“Ini turut menimbulkan tanda tanya apabila jumlah ini hanya menampung 44.7 peratus daripada kos kuarantin, sedangkan pada bulan April, kerajaan telah menanggung sebanyak RM150 sehari atau RM 2,100 untuk kos tempat tinggal dan makan.

Advertisement

“Bermakna warganegara yang pulang ketika ini perlu menanggung 100 peratus kos tempat tinggal dan makan.

“Mengapa negeri Sarawak masih menanggung kos kuarantin untuk rakyatnya yang pulang dari luar negara?

“Bagi situasi di Johor, sekiranya kerajaan persekutuan tidak mahu menanggung kos, kenapa kerajaan negeri Johor tidak memikul tanggungjawab tersebut?,” menurut kenyataan tersebut

Advertisement

Tambah kenyataan itu, ada di kalangan warganegara yang kini terpaksa pulang ke Malaysia kerana kekangan kewangan atau soal keselamatan.

“Sebagai contoh, terdapat rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura kerana telahpun diberhentikan kerja serta pintu sempadan ditutup sejak 18 Mac 2020.

“Terdapat juga kumpulan warganegara memilih tidak pulang sejak Mac kerana tidak mampu berjalan kaki menyeberangi tambak Johor dan beranggapan pintu sempadan akan dibuka sebelum ini.

Advertisement

“Namun kini ia hanya akan dibuka pada 17 Ogos 2020 dan kumpulan ini terdiri daripada orang tua, wanita mengandung dan kanak-kanak,” katanya.

Mereka menegaskan, kos ujian calitan (swab test) serta kos kuarantin untuk warganegara yang berkelayakan perlu ditanggung oleh kerajaan.

Manakala bagi bukan warganegara, semua kos ditanggung sepenuhnya oleh mereka.

Advertisement

Tambahnya, kerajaan tidak boleh meletakkan ketidakpatuhan segelintir mereka yang melanggar kuarantin di rumah dengan menguatkuasakn peraturan baru kepada warganegara yang terpaksa pulang ketika ini dengan perlu membayar kos di pusat kuarantin.

“Kami mendesak agar kerajaan meneliti perkara ini dan mengambil pendekatan yang lebih prihatin dan membela nasib rakyat Malaysia,” tambahnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top