BM | EN | 中文

Kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin kepada semua dari luar negara berkuatkuasa 24 Julai

ukk-bsi-ciq-tambak-johor.jpg

Suasana di CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Tambak Johor (Gambar Ehsan UKK-BSI / KYAIZEE MOHD)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 JUL: Bermula 24 Julai 2020, semua rakyat Malaysia dari luar negara dan warganegara asing yang masuk ke Malaysia (expatriate, pasangan dan tanggungan rakyat Malaysia) menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin termasuk kos ujian saringan COVID-19.

“Sehingga kini, seramai 839 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 6 Stesen Kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Advertisement

“Mereka telah pulang dari 17 negara iaitu Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, China dan Australia,” menurut kenyataan KKM.

Dalam pada itu, mulai esok (27 Julai), PDRM akan mengambil tindakan menangkap dan mendakwa di mahkamah individu-individu yang masih belum tampil untuk ujian saringan kedua pada hari ke-13 kuarantin di rumah.

Indvidu yang terbabit diarahkan untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat untuk melakukan ujian saringan kedua.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top