BM | EN | 中文

Kuarantin 14 hari bagi guru dan murid ke China

IMG-20200209-WA0005.jpg
Advertisement

KULAI, 9 FEB: Guru atau murid yang telah ke China kebelakangan ini atau dalam waktu terdekat wajib dikuarantin di rumah sendiri selama 14 hari.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, dalam tempoh berkenaan, mereka juga tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

Katanya, langkah berkenaan sebagai mengelak penyebaran virus koronavirus.

Advertisement

“Para guru dan pelajar ini juga akan disaring walaupun tidak menunjukkan tanda atau gejala wabak koronavirus.

“Selain itu, langkah-langkah yang perlu diambil seperti penangguhan aktiviti luar di sekolah perlu mendapatkan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Program Ziarah Cakna 2020.

Advertisement

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulai itu memberitahu, pihaknya juga turut menangguhkan sebarang pendaftaran pelajar dari China.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top