BM | EN | 中文

KUALITI UDARA SK TAMAN PASIR PUTIH NORMAL, MPPG DIARAH PERIKSA LOJI BERDEKATAN

News-29-8-19-4.54pm.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Bacaan kualiti udara di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih kekal pada tahap normal seperti semalam, tanpa kehadiran sebarang ajen cemar, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Tan Chen Choon.

Chen Choon bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan terus mempergiat pemantau dan penguatkuasaan di daerah Pasir Gudang melalui kerjasama kesemua agensi kerajaan.

Advertisement

“Lanjutan daripada itu, saya bersama-sama Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Johor dan jurutera Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah melakukan pemeriksaan di loji-loji kumbahan berhampiran SK Taman Pasir Putih pada pagi ini.

“Saya telah mengarahkan pihak MPPG untuk memeriksa parameter inlet dan outlet di kesemua loji kumbahan di bawah selenggarannya dengan lebih kerap dan teliti agar tindakan dapat diambil serta-merta sekiranya bacaan pemeriksaan tidak menepati piaiwaian yang ditetapkan,” Chen Choon berkata dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, 33 murid SK Taman Pasir Putih terpaksa dihantar ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang akibat mengalami simptom muntah-muntah setelah mengadu bau busuk.

Advertisement

Kejadian tersebut yang turut tular di media sosial, dikaitkan dengan kejadian pencemaran udara di Pasir Gudang. Walaubagaimanapun, punca bau yang mengganggu murid SK Taman Pasir Putih itu dipercayai datang dari loji kumbahan yang terletak berdekatan sekolah tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top