BM | EN | 中文

KUALITI UDARA DI JOHOR SEMAKIN PULIH

Jerebu-JB-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 SEPT: Kualiti udara di negeri ini terus menunjukkan perkembangan baik pagi tadi, dengan hampir keseluruhan kawasan di negeri ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bawah 100.

Berdasarkan bacaan IPU di portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 11 pagi ini, kesemua lapan stesen di Johor mencatatkan bacaan sederhana, termasuk dua kawasan yang sebelum ini teruk dilanda jerebu, iaitu Tangkak dan Segamat.

Bacaan IPU di Tangkak dikategorikan sederhana (67), Segamat (81), Batu Pahat (74), Kluang (64), Larkin (73), Pasir Gudang (70), Kota Tinggi (62) dan Pengerang (62).

Advertisement

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan keadaan jerabu yang melanda negara sejak dua minggu lepas akan beransur pulih susulan fasa Monsun Peralihan yang bermula pada 24 Sept.

Sementara itu, Johan Setia Klang, Selangor menjadi satu-satunya kawasan dengan IPU tidak sihat pada paras 153 pagi ini, manakala Putrajaya; Klang, Selangor serta Tasek Ipoh dan Seri Manjung, Perak kini mencatat IPU sederhana berbanding tidak sihat, malam tadi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Advertisement

Dalam pada itu Bernama melaporkan, sejumlah pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi,Indonesia dijadualkan dievakuasi keluar dari wilayah itu hari ini, ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu.

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) semalam, seramai 160 pelajar akan dibawa pulang ke Malaysia pagi ini, manakala 120 akan dievakuasi ke Malaysia Hall di Jakarta, Indonesia, pada 6 petang ini.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top