BM | EN | 中文

Kualiti air Sungai Kim Kim masih boleh dipulihkan – Presiden MNS

sungai-kim-sisa-toksik-pasir-gudang.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan Bernama)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 APR: Kualiti air Sungai Kim Kim di Pasir Gudang di sini yang didakwa tenat sehingga boleh membahayakan hidupan akuatik dan manusia kesan daripada pencemaran, masih boleh diselamatkan, kata Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Presiden MNS Prof Dr Ahmad Ismail berkata bagaimanapun usaha itu memerlukan kerjasama segera kerajaan negeri dan pihak berkuasa berkaitan, khususnya bagi memastikan masalah pencemaran tersebut tidak berulang.

MNS katanya mengenal pasti pelepasan efluen perindustrian dan air kumbahan dari kawasan petempatan penduduk sebagai punca utama pencemaran sungai itu serta perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Advertisement

“Hentikan input efluen yang menyebabkan pencemaran kerana selagi ada input pencemaran ke dalam sungai, selagi itulah masalah tidak akan selesai.

“Justeru, pihak berkuasa perlu merujuk kepada pakar berkaitan untuk program pemulihan sungai yang tercemar kerana is masih belum terlambat,” katanya lapor Bernama.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, mengenai kualiti air Sungai Kim Kim yang dikategorikan dalam Kelas V iaitu paling tercemar dan tidak sesuai untuk sebarang kegunaan.

Advertisement

Mengulas lanjut, Ahmad berkata pembuangan sisa bahan kimia dari kilang atau industri seharusnya dilakukan di lokasi yang dikhaskan dengan mengikut peraturan serta prosedur operasi standard sedia ada.

“Tidak dinafikan, usaha pemulihan sungai yang tercemar memerlukan kos yang tinggi dan akan memakan masa yang lama, tetapi kita mesti mempunyai sasaran atau matlamat. Pada masa sama, kita mesti terus membuat kajian.

“Saya yakin dengan usaha ini, suatu hari nanti Sungai Kim Kim pasti boleh menjadi model untuk masa depan,’ katanya.

Advertisement

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Dr Mohd Famey Yusoff ketika dihubungi berkata keputusan ujian pensampelan pencemaran air Sungai Kim Kim bergantung pada lokasi sampel air diambil kerana setiap lokasi akan menghasilkan dapatan berbeza.

‘Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kadar Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) dan ammonia sampel air di setiap sungai termasuk persekitarannya seperti terdapat kawasan perindustrian, perumahan atau kemudahan awam seperti pasar yang berhampiran dengan sungai serta keadaan cuaca: katanya.

Menurut beliau, JAS Johor sentiasa menjalankan pensampelan secara manual sebanyak enam kali setahun di dua lokasi berasingan di Sungai Kim Kim dengan kadar BOD di kawasan terbabit dikenal pasti dipengaruhi bahan pencemar organik dan ammonia yang kebiasaannya berpunca daripada sisa kumbahan.

Advertisement

“Justeru, semua pihak perlu berganding bahu, mengambil sikap cakna dan memainkan peranan masing-masing dalam memelihara dan memulihara sumber air: katanya, menambah JAS Johor yakin Sungai Kim Kim boleh kembali ke Kelas I sekiranya jumlah pelepasan ke sungai itu dikurangkan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top