BM | EN | 中文

Ku Li juga ada pengaruh sendiri

Noor-Khalim-Sakib.jpg

Noor Khalim Sakib

Advertisement

BATU PAHAT, 18 DIS: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Noor Khalim Sakib menyifatkan tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai pengaruhnya tersendiri.

Ujarnya, Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li mampu membawa pesona baharu dalam politik di negara ini.

“Kita akui Ku Li mempunyai pengaruh dari segi pengundi lama yang mengenang perjuangan beliau dalam membangunkan negara.

Advertisement

“Tindakan Ku Li yang membuat kemunculan semula dalam arena politik negara ini mampu membawa sinar baharu kepada pembangkang.

“Selain itu gabungan beliau bersama Tun Dr Mahathir tempoh hari dalam sidang media bersama telah membuatkan ramai tertanya berkenaan dengan gabungan baharu dua tokoh lama tersebut,” ujarnya.

Beliau turut berharap blok pembangkang yang kini diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat perlu menyatukan ke semua blok parti-parti di negara ini.

Advertisement

“Kita boleh bayangkan gabungan pemimpin hebat seperti Anwar, Tun Mahathir dan Ku Li boleh membuatkan kerajaan yang ada hari ini tidak senang duduk.

“Turut tidak ketinggalan pemimpin baharu seperti Nurul Izzah, Mazlee Malik, Syed Saddiq, Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Lim Guan Eng dan ramai lagi akan menjadi pelapis bagi menampung kekuatan yang sedia ada.

“Saya berharap perkara ini benar-benar boleh terjadi kerana apa yang diharapkan oleh rakyat adalah suara pembangkang terkuat untuk membawa keluhan mereka sekaligus memberikan kepercayaan semula kepada rakyat di atas gabungan tersebut,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top