BM | EN | 中文

Kru kapal hilang dipercayai jatuh ke laut di Tanjung Tohor dekat Muar

Kru-kapal-hilang-dipercayai-jatuh-ke-laut-di-Tanjung-Tohor-dekat-Muar.jpg
Advertisement

MUAR, 27 JAN: Seorang kru kapal warga Filipina dilaporkan hilang, dipercayai terjatuh ke laut ketika pelayaran berhampiran Tanjung Tohor dekat sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor Laksmana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata usaha mengesan lelaki itu sedang giat dijalankan dengan kawasan pencarian diperluas dari perairan Pulau Pisang hingga ke Batu Pahat.

“Mangsa, Darryl F Deroxas, 33, disyaki telah terjatuh laut sekitar 2 petang pada 24 Jan lalu ketika kapal NBA RUBENS yang berdaftar di Panama itu dalam pelayaran dari Singapura menuju ke India melalui Selat Melaka.

Advertisement

“Mangsa dilihat kali terakhir memakai baju kemeja T berwarna hijau dan tidak memakai jaket keselamatan,” kata Nurul Hizam dalam kenyataan hari ini.

Katanya gerakan mencari dan menyelamat lelaki tersebut yang dilancarkan pada hari kejadian, turut melibatkan aset Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin serta sebuah helikopter yang disewa oleh syarikat kapal terbabit.

Maritim Malaysia turut mendapatkan bantuan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia bagi pencarian di kawasan negara jiran kerana berkemungkinan mangsa hanyut ke perairan Indonesia, katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top