BM | EN | 中文

KRITERIA LENGKAP UNTUK PENGUNDI TANJUNG PIAI

IMG-20191102-WA0043.jpg
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV : Dalam penamaan calon yang dijalankan hari ini telah mengesahkan bahawa Karmaine Sardini sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Khalid

Pemilihan Karmaine sebagai calon di PRK tersebut telah membawa kriteria lengkap untuk pengundi di parlimen tersebut.

Perkara itu telah ditegaskan oleh Timbalan Presiden Amanah yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Advertisement

“Beliau adalah orang tempatan dan kita boleh perhitungkan dari segi kewibawaannya sekiranya dia menang serta saya yakin pengundi-pengundi di sini akan memberi mandat kepada calon kita.

“Selain itu legasi Dr Farid yang dijanjikan selama ini telah dilunaskan oleh kerajaan sebanyak RM 14.75 juta untuk membangunkan kawasan parlimen ini.

“Tidak ada persoalan yang mana kerajaan hanya menurunkan peruntukkan hanya semata-mata PRK yang berlangsung di sini. Rakyat di sini banyak mengenali saya, bantuan saya kepada nelayan serta petani banyak telah dibantu,” ujarnya ketika ditemui penamaan calon PRK Tanjung Piai, hari inim

Advertisement

Beliau turut menyatakan tidak timbul soal beliau hanya muncul ketika PRK tanpa menyantuni orang kampung di kawasan Tanjung Piai.

Dalam pada masa yang sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata PRK di sini secara umumnya hanya menyaksikan pertandingan di antara BN dan PH sahaja.

“PH hadir di sini hanya membawa aspirasi perpaduan bukan politik berbentuk perkauman sepertimana yang diamalkan oleh BN sebelum atau selama ini.

Advertisement

“Kebetulan PRK kali ini betul-betul terjadi selepas beberapa siri program yang memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu Islam dan di sini teruji serta terbukti bahawa segala slogan mempertahankan kaum itu hanyalah sekadar retorik semata.

“Ini adalah pilihan dari pengundi di sini sama ada memilih soal perkauman atau parti yang membawa kepada kemakmuran dan keamanan di negara ini,” katanya.

Menjawab soal umur, Khalid berkata persoalan berkenaan umur yang diwar-warkan oleh pemimpin BN hanya suatu kenyataan yang makan tuan di mana ramai pemimpin di kalangan parti mereka yang sama umur dengan calon PH.

Advertisement

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top