BM | EN | 中文

Kredit Komuniti, PPW elak rakyat pinjam ah long, ceti – Zuraida

zuraida-kamaruddin-batu-pahat.jpeg

Gambar Ehsan Utusan Online

Advertisement

BATU PAHAT, 28 JUN: Kerajaan tidak mahu orang ramai khususnya peniaga-peniaga kecil yang berkemungkinan terdesak meminjam dengan ah long atau ceti haram sekiranya tidak membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar beroperasi ketika ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan juga menerima permintaan daripada golongan itu supaya sektor tersebut dibenarkan untuk beroperasi bagi membolehkan mereka melakukan pinjaman meneruskan kelangsungan perniagaan.

“Mereka perlu meminjam wang dalam jumlah yang sedikit tetapi tidak dapat diluluskan kerana tidak mencukupi syarat yang ditetapkan oleh bank.

Advertisement

“Jadi mereka terpaksa mencari jalan lain dengan meminjam daripada ceti haram atau ah long yang secara tidak langsung menjadikan perkara itu membahayakan diri peminjam,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar semasa mengadakan lawatan kerja di Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, peminjam yang meminjam wang di syarikat KK atau PPW juga akan dilindungi dengan undang-undang dan sekiranya tidak dapat membayar terdapat garis panduan untuk diberi tempoh bagi melangsaikan hutang terbabit.

Advertisement

“Jika tiada platform atau kemudahan berkenaan, peminjam akan lebih cenderung untuk meminjam kepada ceti haram atau ah long yang boleh mendatangkan risiko ancaman jenayah kepada mereka.

“Sememangnya kerajaan sudah memberikan banyak bantuan, tetapi kemungkinan banyak juga yang tidak dapat menyempurnakan keperluan dan mereka terpaksa berurusan dengan syarikat KK atau PPW,” katanya.

Katanya, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac tahun lalu, mereka juga mahukan syarikat kredit komuniti itu beroperasi kerana mahu menjelaskan hutang yang tertunggak ekoran bimbang jumlahnya akan lebih meningkat.

Advertisement

“Ia merupakan satu perkara positif kerana mereka menggunakan kesempatan itu walaupun mendapat bantuan daripada kerajaan mahupun selebihnya dan pada masa yang sama dapat melangsaikan hutang mereka.

“Sehingga 31 Mei lalu, sebanyak 4,792 syarikat kredit komuniti berlesen yang berdaftar di seluruh negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya.

Zuraida berkata, sehingga kini tiada lagi rekod menunjukkan syarikat berkenaan yang menyeleweng dalam operasi mereka, namun bertegas akan menarik semula lesen mereka dan menamatkan syarikat berkenaan daripada beroperasi sekiranya terdapat aduan atau laporan,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top